Tentang Kami

MENGASIHI TUHAN.
MELAYANI SESAMA.
MEMURIDKAN MENJADI SERUPA SEPERTI YESUS.

Salam Kasih dalam Nama Yesus Kristus

Saya bagi pihak kepimpinan Gereja DUMC Bahasa Malaysia mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran anda bersama kami di sini.

Visi umum DUMC ialah membangunkan Komuniti Allah dan Menyatakan Kemuliaan-Nya. Visi ini akan dicapai melalui 3 misi iaitu, Penginjilan, Pemuridan dan Khidmat kepada komuniti.

Gereja DUMC adalah Gereja Sel. Setiap jemaat digalakkan untuk menyertai kelompok-kelompok sel yang ada. Ternyata sistem ini telah banyak membantu pertumbuhan dan perkembangan Gereja DUMC sehingga hari ini.

Dalam Ibadahraya, kita berfokus kepada 3 “I”, Pertama Inspirational – Iaitu penyembahan yang diilhamkan oleh Roh Kudus; Kedua Impartation – Iaitu melalui khutbah dan pengajaran Firman Tuhan yang efektif; Ketiga, Impactful – Iaitu ibadah yang memberi kesan perubahan kepada hidup rohani seseorang.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kerana melawat dan beribadah bersama kami. Kehadiran anda amat kami hargai dan jumpa lagi.

Sekian, Tuhan memberkati.

Eddy Marson Yasir
(Pastor, DUMC BM)

Kenyataan Iman

Kami Percaya

  • Kepada Allah Tritunggal, Bapa, Putera dan Roh Suci.
  • Bahawa Yesus ialah Allah yang benar dan manusia yang benar.
  • Bahawa Roh Suci ialah Peribadi yang ilahi.
  • Bahawa Perjanjian Lama dan Baru ialah firman Tuhan yang diilhami.
  • Bahawa semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah dan memerlukan penyelamatan.
  • Bahawa penyelamatan telah disediakan melalui Yesus Kristus untuk semua.
  • Bahawa kehendak Tuhan agar setiap orang percaya dipenuhi dengan Roh Suci dan mempunyai hidup suci.
  • Bahawa kesembuhan disediakan dalam karya penebusan Kristus dan tersedia untuk setiap orang percaya.
  • Bahawa Gereja terdiri daripada semua orang yang telah menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi mereka.
  • Bahawa kebangkitan jasmani orang yang adil dan yang tidak adil.
  • Kedatangan Yesus Kristus secara peribadi, terlihat dan tidak lama lagi.

Tagline Kami

MENGASIHI TUHAN

MELAYANI SESAMA

MEMURIDKAN