Rancang Perjalanan Anda
Hai,
Sama ada anda memandu, berjalan, datang bersama anak-anak, ataupun ini merupakan kali pertama anda ke sini, kami sangat mengalu-alukan anda.
Damansara Utama
Methodist Church
Dream Centre,
2, Jalan 13/1, Seksyen 13,
46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Soalan Lazim
Di manakah saya meletakkan kereta?
Terdapat beberapa tempat untuk meletakkan kereta anda termasuk di Dream Centre, Symphony Square, PJ 33, Plaza 33 dan anda boleh meletakkan kereta anda di tempat letak kenderaan awam yang berdekatan.
Saya bukan Kristian, bolehkah saya melawat DUMC?
Semua dialu-alukan untuk menghadiri Ibadahraya kami di DUMC.
Adakah anda mempunyai pelayanan kanak-kanak/sekolah minggu pada hari Ibadahraya?
Ya, ada. Pelayanan kanak-kanak/sekolah minggu diadakan semasa Ibadahraya berlangsung.
Bagaimana saya berpakaian? Apakah kod pakaian untuk menghadiri DUMC?
Anda boleh berpakaian kasual ke DUMC. Namun, kami menggalakkan anda untuk berpakaian sopan.
Berapa lamakah waktu Ibadahraya?
Ibadahraya kami biasanya sekitar 1 jam setengah sehingga 2 jam.
Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui maklumat terkini di DUMC?
Anda boleh mengikuti facebook kita di fb.com/dumcmy.bahasa/ untuk mengikuti perkembangan maklumat terkini di DUMC.
Maklumat Tempat Letak Kereta
Tempat letak kereta di DUMC Dream Centre
Tempat letak kereta percuma berdasarkan first-come, first-served dan keutamaan Orang Kurang Upaya (OKU).
PJ 33 and Plaza 33
Pintu sisi di belakang PJ 33 (dekat jalan keluar) menghubungkan anda ke Symphony. Sila semak yuran tempat letak kereta dengan pengurusan tempat letak kereta.
Symphony
Lebih banyak ruangan tempat letak kereta boleh didapati di bangunan hitam ini di belakang Dream Centre. Caj setiap yuran kemasukan pada hujung minggu. Laluan jalan di luar tempat letak kereta menuju ke arah pintu yang menghubungkan ke gereja dan pintu akan dibuka pada waktu berikut:
Isnin (Tutup)
Selasa – Jumaat (7.00 pagi – 7.00 malam)
Sabtu (7.00 pagi – 11.00 malam)
Ahad (7.00 pagi – 7.00 malam)
Others
Anda juga boleh meletak kenderaan di tempat letak kereta awam di sekitar Dream Centre. Namun ini sangat terhad, dan juga digunakan oleh orang awam. Jadi, letak kereta di lot yang ditetapkan serta jangan menghalang kenderaan lain.
Terdapat pelbagai tempat letak kereta terbuka ada di sekitar Dream Centre juga.