Vocational Career & Training (VCT)

PELAYANAN > Vocational Career & Training (VCT)

Masa: Satu atau dua kali sesi latihan sebulan
Tempat: Zoom

VCT adalah pada awalnya merupakan sebuah beban yang Tuhan letakkan di dalam hati Pr Eddy M. Yasir iaitu Pastor di gereja Bahasa DUMC. Beliau rindu untuk membantu generasi muda khususnya mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak di dalam lingkungan umur 20-35 tahun untuk mendapatkan karier yang baik. Tuhan telah memperluaskan pelayanan ini sehingga kita dapat membuka peluang-peluang latihan dan pekerjaan kepada sasaran yang lebih luas dan besar.

VCT dibantu oleh tenaga pengajar profesional yang secara sukarela ingin menyumbang pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki kepada para pelatih. Dengan demikian, semua program juga telah dapat diberikan secara percuma. Kami juga sangat menghargai kerjasama yang diberikan oleh para majikan, khususnya daripada jemaat Bahasa Inggeris yang banyak membantu dengan menerima para pelatih di syarikat mereka. Pelayanan ini terbuka kepada semua, sama ada sebagai pelatih/ pelajar, majikan ataupun tenaga pengajar, kami menjemput anda untuk sama-sama menyahut panggilan untuk menjadi impak di tempat kerja anda bagi kemuliaan Tuhan.

 

Steffi Ann Tabari
Ketua Pelayanan VCT

Membina Generasi Berimpak di tempat bekerja untuk kerajaan Tuhan

Visi

Melahirkan generasi yang berimpak di tempat kerja

Misi

Melabur dalam kehidupan generasi dewasa untuk kerajaan Tuhan menerusi karier dan tempat kerja mereka

Objektif

  1. Meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan dan lepasan sekolah
  2. Melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran
  3. Memadankan graduan dan lepasan sekolah dengan industri yang berkaitan
  4. Membangkitkan pemimpin-pemimpin yang saleh dari generasi muda kini

Sasaran Kita

  • Graduan kolej dan universiti
  • Pelajar tahun akhir di kolej dan universiti
  • Lepasan sekolah menengah dan pelajar yang tercicir

Aktiviti Pelayanan

Pelayanan ini telah dimulakan pada tahun 2017 dengan menawarkan pelbagai sesi seminar dan latihan. Pada tahun 2019, pelayanan ini telah mengeluarkan program tahunan pertama yang dilaksanakan dengan jayanya. Malahan, VCT telah menjalinkan kerjasama dengan majikan yang terdiri daripada pelbagai industri. Sehingga kini, program ini terus dijalankan dengan kerjasama sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) lainnya.

Peranan Pelayanan Dalam Gereja

BERHUBUNG (CONNECT)

Membina hubungan dengan pelajar yang sedia ada di gereja dan seterusnya kepada kolej dan universiti tempat mereka menuntut. Melakukan promosi menerusi jaringan gereja dan NGO lain. Pada masa yang sama, berhubung dengan majikan melalui promosi dan program yang anjurkan oleh VCT.

KETERLIBATAN (ENGAGE)

Mendapatkan keterlibatan pelatih dengan mendorong mereka untuk mendaftar di dalam program tahunan yang ditawarkan. Pada masa yang sama, mengenalpasti minat dan kecenderungan pelatih agar proses pemadanan pekerjaan dapat dilakukan dengan tepat.

MEMPERLENGKAPI (EQUIP)

Memperlengkapi pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran menerusi pelbagai sesi latihan dan seminar berkaitan alam pekerjaan sebenar. Antara sesi yang ditawarkan ialah mempersiapkan diri untuk temuduga kerja, pengurusan kewangan, kemahiran berkomunikasi, bekerja melalui alam maya seperti aplikasi Google, pembinaan karakter dan kursus
keusahawanan. Selain itu, pelatih juga didedahkan dengan program kesedaran sosial seperti melibatkan diri dalam program komuniti seperti lawatan ke kampung Orang Asli, pelayanan jalanan dan juga PPR.

Dalam waktu yang sama, pelatih akan diserap ke dalam syarikat yang dipadankan untuk menjalankan latihan amali dalam tempoh yang ditetapkan oleh kolej atau universiti. Pelatih juga boleh diserap sebagai staff sepenuh masa sekiranya mereka memenuhi kriteria yang ditentukan oleh sesebuah syarikat tersebut.

MEMURIDKAN (DISCIPLE)

Setiap pelatih akan dimuridkan oleh pemimpin atau pengajar. Selain itu, mereka juga didorong untuk terlibat di dalam program pemuridan dan diasimilasikan ke dalam kelompok sel di gereja masing-masing. Dengan itu, mereka boleh dimuridkan sehingga dapat dijadikan pelapis pemimpin gereja pada masa akan datang. VCT juga akan berhubung kepada majikan dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan terkini pelatih dan memastikan kebajikan pelatih sentiasa dijaga.